Wednesday, September 15, 2010

Selamat sejahtera cikgu,

Tukarkan ayat susunan biasa di bawah ini kepada ayat susunan songsang.
1. Mereka bekerja dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 4.30 petang
Jawaban:
a. Bekerja dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 4.30 petang mereka.
b. Dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 4.30 petang mereka bekerja.
c. Bekerja mereka dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 4.30 petang

2. Cikgu Mahaiza mengajarkan Bahasa Melayu kepada pelajar Tingkatan Lima Mawar
Jawaban:
a. Mengajarkan Bahasa Melayu kepada pelajar Tingkatan Lima Mawar Cikgu Mahaiza.
b. Kepada pelajar Tingkatan Lima Mawar Cikgu Mahaiza mengajarkan Bhasa Melayu.
c. Mengajarkan Bahasa Melayu Cikgu Mahaiza kepada pelajar Tingkatan Lima Mawar .

Jawaban ini dibuat berdasarkan buku Tatabahsa Dewan. Saya ingin meminta pertolongan daripada cikgu untuk menyemak dan memberi sedikit ulasan tentang jawaban yang saya paparkan tersebut. Jawaban manakah yang akan diterima dalam peperiksaan?

Sekian terima kasih.Cikgu Kamarul

Jawaban:
Semua jawaban di atas betul. Perhatikan cara untuk menentukan ayat songsang seperti yang di bawah ini:
1. Kenal pasti bahagian subjek dan predikat dan keterangan.
2. Labelkan setiap bahagian tersebut, iaitu 1-subjek 2-predikat 3. Keterangan predikat seperti yang berikut:

Mereka[1] / bekerja[2]/dari pukul 8.00 hingga pukul 4.30 petang[3].

3. Kemudian susun bahagian ayat tersebut seperti yang berikut:
123
132
231
213
312
321

Susunan 123 dan 132 bukan ayat songsang. Susunan yang lain seperti 231, 213, 312 dan 321 merupakan ayat songsang.Lihat ayat yang di bawah ini pula:

Cikgu Mahaiza[1] /mengajarkan Bahasa Melayu[2] /kepada pelajar Tingkatan Lima Mawar.[3]

Susun ayat tersebut semula seperti yang berikut:
123-bukan ayat songsang
132-bukan ayat songsang
213-ayat songsang
231-ayat songsang
321-ayat songsang
312-ayat songsang

Sumber: Blog Cikgu Ghalib (http://agy7500.blogspot.com)

No comments:

Post a Comment