Wednesday, August 18, 2010

Siri 441 - Frasa Kerja Transitif

Friday, August 13, 2010

Soalan:
Selamat sejahtera cikgu. Cikgu, `Saya menyertai pertandingan nyanyian’ atau `menyertai dalam pertanding nyanyian’? Sekian, terima kasih.
Drp Cikgu Lau

Jawaban:
Ayat yang betul ialah `Saya menyertai pertandingan nyanyian’. Dalam bahasa Melayu, kata kerja transitif hendaklah diikuti kata nama. Oleh hal yang demikian, kata kerja `menyertai’ tidak boleh diikuti oleh kata `dalam’ kerana kata `dalam’ ialah kata sendi nama. Oleh itu, kata `menyertai’ perlu diikuti oleh kata nama atau frasa nama, iaitu `pertandingan nyanyian’.

Source: Blog Cikgu Abdul Ghalib (http://agy7500.blogspot.com/)

No comments:

Post a Comment